|
E-FOLIO DUA6022
Assalamualaikum. Hi, readers! This is for my assignment E-FOLIO for Subjet DUA6022.
Pengertian Eksploitasi
Pengertian eksploitasi adalah sesuatu tindakan menggunakan sesuatu secara berlebihan atau secara sewenang-wenangnya. Perkataan asal eksploitasi adalah daripada bahasa inggeris iaitu “exploitation”. Eksploitasi merupakan tindakan yang dilarang oleh pihak yang berkuasa tetapi ianya sering diabaikan dan pihak yang tertentu di atas tujuan untuk mengait keuntungan secara besar-besaran. Eksploitasi yang berlebihan akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada subjek berkenaan.
Eksploitasi Wanita didalam Pengiklanan
Wanita sering digunakan sebagai pelaris kepada sesuatu subjek seperti produk dan juga perkhidmatan. Penggunaan imej wanita, secara sedar atau tidak ianya boleh memberikan kesan negatif kepada subjek berkenaan sehingga boleh membangkitkan isu-isu yang yang berleluasa atau tersebar luas. Ia bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada subjek berkenaan, tetapi berkemungkinan boleh memberikan tanggapan yang tidak baik kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, pengendalian yang terbaik diperlukan untuk menangani isu tersebut.
Isu-isu yang berkaitan Eksploitasi Wanita
1. Isu Berkenaan Sebuah Syarikat Minyak
Sebuah syarikat minyak telah menarik balik iklan dikertas kadbod yang memaparkan imej seorang wanita diatas sebab mereka mendapati gambar wanita tersebut telah dimuat naik di laman sosial dengan perbuatan lucah tehadap gambar wanita tersebut. Ianya merupakan tindakan yang patut dipuji dan dicontohi oleh semua pihak.
Semua pihak haruslah bekerjasama dan jujur dalam memastikan wanita terbela dari isu-isu eksploitasi wanita. Perbuatan lucah oleh beberapa orang lelaki terhadap imej wanita dikertas kadbod sebagai iklan itu telah menunjukkan telah menunjukkan kekurangan nilai-nilai akhlak dan adab yang semakin berleluasa daripada masyarakat kita.
2. Isu Sebuah Syarikat Penerbangan
Sebuah syarikat penerbangan didapati menggunakan imej tubuh badan wanita dalam mempromosikan iklan tawaran tiket syarikat itu yang murah. Menurut pencarian yang kami dapati di media massa, isu berkenaan dianggap sebagai menghina wanita.
Penggunaan imej tersebut juga disifatkan sebagai perbuatan yang tidak berertika bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada golongan lelaki. Selain dari itu, pelbagai pihak dan netizen telah memberi respon negatif terhadap iklan berkenaan. Netizen juga mendakwa iklan berkenaan mengandungi unsur seksis.
Syarikat berkenaan mengendalinya secara baik dengan mengakui kesalahan mereka dengan meminta maaf dan menyatakan yang mereka tidak berniat untuk menjadi seksis dalam menjalankan urusniaga dan mereka menghormati semua orang. Gambar tersebut juga telah dipadam daripada semua laman media sosial syarikat berkenaan.
Hadis dan Dalil yang berkaitan
1. Firman Allah Al Qur’an surah At taubah ayat 71, yang ertinya
“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
2. 2. Firman Allah surah An Nahl ayat 97 yang ertinya :
“Barangsiapa mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan”
3. 3. Hadith daripada Jarir bin ‘Abdillah RA beliau berkata :
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan pandangan secara tiba-tiba (tidak sengaja kepada wanita), maka Baginda mengarahkan aku untuk menundukkan pandangan. (Riwayat Muslim, no. 2159)
4. 4. Allah SWT berfirman,
“Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya”
5. 5. Almarhum Ahmad Syauqi :
“Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”
Group Members
Raja Ainul - 29DHF15F2012
Khairul Faris - 29DHF15F2014
Hairol izham - 29DHF15F2061
|